Subscribe Twitter FaceBook

Jom Ikut Saya

Rabu, 4 Mei 2011

Jongkong PG Terbaru

Public Gold (PG) baru-baru ini telah mengeluarkan jongkong 10 gram (999). Satu lagi peluang untuk menambah koleksi peribadi dan juga peluang meligatkan lagi bisnes dalam bidang ni. Saya boleh katakan ia sebagai 'koleksi jongkong mampu milik' terutama untuk mereka yang tidak mempunyai simpanan yang banyak pada satu-satu masa. Selain jongkong 10 gram ni, PG juga menawarkan Dinar serendah 1 Dinar (4.25 gram, 916) yang juga boleh didapati pada harga di antara RM650 - RM730 pada masa ini. Anda boleh semak harga melalui laman web Public Gold & Public Dinar. Selamat membeli!

Selasa, 3 Mei 2011

Stok PG 50g Tersedia Untuk Dijual

Saya menawarkan PG Goldbar 50gram pada harga RM8,300.00 sahaja. Harga masih boleh runding. Sila SMS saya di talian (013-752 9166).

Selasa, 26 April 2011

Stok Baru April 2011

Lama juga saya tidak menulis di blog ni. Amat sibuk dengan kerja & rutin harian. Kebetulan saya baru sahaja bertukar tempat kerja. Baru nak membiasakan diri dengan jadual harian baru. Bagaimanapun tempat kerja baru memberikan aku masa lebih sedikit untuk meluangkan masa cuti bersama keluarga & melayari internet untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu-ilmu emas terutamanya.

Jadi untuk bulan ini saya dapat menambah tiga ketul 20g. Dua ketul dah ditempah oleh dua orang rakan. satu lagi untuk simpanan sendiri. Jadilah.. Sikit-sikit lama-lama banyak juga.

Selasa, 15 Mac 2011

Cara Kira Zakat Emas & Perak

Zakat emas dan perak wajid dizakatkan. Merujuk kepada Al-quran surah Al-Tawbah ayat 34-35, maksudnya : Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat). Maka gembiralah mereka dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar di dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka seraya dikatakan kepadanya,’’inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu’’.
 
Kadar wajib zakat :


Nisab emas  20 miskal = 85g
Nisab perak 200 dirham = 595g
Kadar zakat 2.5% @ 1/40 nilai emas atau perak semasa

Tempoh masa 1 tahun.

Pengiraan zakat emas:
Contohnya :
  • emas yang disimpan beratnya 100 g & tempoh simpan selama 1 tahun.
  • Nilai emas semasa segram bersamaan RM160.00
  • Nilai emas semasa = 100g x RM160.00 =RM16,000
  • Zakat emas perlu dibayar = RM16,000 x 2.5% = RM400
Pengiraan zakat perak :
Contohnya :
  • Perak yang disimpan beratnya 500g & tempoh simpan selama 1 tahun.
  • Nilai perak segram = RM6.73
  • Nilai perak semasa = 500g x RM6.73 = RM3,365.00
  • Zakat perak perlu dibanyar = RM3,365.00 x 2.5% = RM84.13


Nota :
  • Emas @ perak yang dijadikan perhiasan wanita tidak diwajibkan zakat kecuali barang emas yang melebihi uruf (kuantiti melebihi tahap kebiasaan). Kadar uruf berbeza mengikut negeri. Kadar uruf bagi wilayah persekutuan = 150g
Contohnya :
  • Emas perhiasan yang dimiliki = 200g
  • Emas perhiasan yang perlu dizakat = 200g -150g = 50g
  • Zakat perlu dibayar = 50g x RM160.00 x 2.5 % = RM200.00
  • Bagi emas yang berada di ar-rahnu tidak perlu dizakatkan kerana emas tersebut bukan milik penuh pengadai.
  • Bagi peniaga emas, emas yang tersimpan melebihi tempoh 1 tahun perlu dizakatkan.
Selesai kira zakat, sila buat bayaran di mana-mana pusat zakat negeri masing-masing. Anda Cuma perlu niat dan akad untuk membayar  zakat emas.

Sumber rujukan :


http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-emas 

Selasa, 8 Februari 2011

Asal Usul Nama

Mula-mula nak cari nama untuk blog saya, pening kepala di buatnye. Adalah dalam 10 nama yang saya list untuk buat alamat email ni. Saya pun ambil la nama 'tokey senyum selalu'. Ada sejarah kenapa saya pilih nama ni.
Sebelum saya menceburi bidang perniagaan emas ni. Saya telah membuat bermacam-macam jenis perniagaan. Seperti MLM (Network Marketing). Adalah 2 jenis syarikat yang saya ceburi. syarikat tersebut terlibat dalam bidang pemakanan (foot supplement). Bermodalkan RM6000 saya pun memulakan perniagann tersebut. Mula-mula ambik produk saya mula pening kepala. terlalu banyak stok yang nak dijual. Setiap bulan pening kepala nak maintance sale, terlalu banyak rejection, persaingan daripada syarikt lain dan macam-macam lagi masalah... Adalah 2-3 tahun saya memeningkan kepala sendiri. Sehingga saya mula rasa bosan.
Sehingga tahun 2010 saya berjumpa dengan satu perniagaan yang hebat. Perniagaan tersebuat adalah dalam bidang emas. Selain daripada berniaga, secara tak langsung saya membuat pelaburan untuk keluarga saya. Saya happy buat perniagaan ni sebab yang utama ialah saya boleh mengajar masyarakat sekeliling supaya celik emas. Emas bukan untuk orang kaya sahaja. Sesiapa yang ada keinginan nak memiliki emas boleh dapat dengan mudah. Yang penting kena percaya pada diri sendiri.
kesimpulannya membuat perniagaan emas sangat menguntungkan. Sebabnya kerana:
1- orang beli emas= saya untung (untung runcit, dll)- tak rugi
2- orang tak beli emas= saya pun untung (harga emas sentiasa naik untuk jangka masa panjang)- tak rugi
3- kalau saya diam je= saya pun tetap untung (nilai emas sentiasa naik)- tak rugi

Anda nampakkan kelebihan berniaga emas. Kita tak pening kepala sama ada emas kita terjual atau tidak. Dan yang penting kita sentiasa senyum selalu.

Isnin, 7 Februari 2011

Jenis-Jenis Pelaburan Emas

Ada dua jenis pelaburan emas:
1) Akaun Emas
Pelaburan dengan membuka akaun emas. Terdapat 4 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas. Contohnya;
1. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
3. Kuwait Finance House Malaysia Gold Investment Account (KFHGIA-i)
4. Akaun Simpanan Emas UOB Bank


2) Emas Fizikal (jongkong dan syiling emas)
Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan sama ada jongkong dan syiling. Contohnya syiling Kijang Emas, syiling emas UOB Bank, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold dan dinar emas Kelantan.

kelebihan membeli dan melabur dengan jongkong/syiling emas;

1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2. Mudah dibawa.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (spread).
5. Boleh digadaikan.

Khamis, 3 Februari 2011

Kebaikan Dan Kelebihan Menyimpan Emas

1) EMAS ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warnanya sangat menarik dan tidak akan pudar.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperoleh.
kesimpulannya:
sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang
menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan
berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga
dianggap orang yang kaya dan berkuasa.
Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk
dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan
nilai yang baik. sebab itu, sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi
penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Emas juga sangat sukar untuk diperolehi dari perut muka bumi. Kita terpaksa melombong untuk dapatkan emas. Emas juga tidak boleh dicipta oleh manusia. oleh sebab itu emas tidak boleh dimanipulasikan. Tidak seperti wang kertas (fiat). Manusia boleh cetak duit kertas sesuka hati.
2) EMAS SANGAT BERNILAI
Jika saya ada 10gram emas dan dibahagikan kepada 5 rakan yang lain dan seorang dapat 2 gram. Nilai emas tersebut tetap sama. Tapi jika duit kertas yang bernilai RM50 sekeping, dibahagikan kepada 5 rakan saya. apakah nilai duit kertas tersebut. Saya rasa anda tahu jawapannya.

3) HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT SETIAP TAHUN
Harga emas sentiasa naik untuk jangka masa panjang. ada banyak faktor yang menyebabkan kenaikkan harga emas. antaranya;
1. Nilai wang kertas menyusut
2. Harga minyak naik
3. Kadar inflasi meningkat
4. Nilai matawang USD menyusut
5. Permintaan daripada negara-negara penguna emas terbesar (seperti china dan india)
* Saya akan cerita lebih lanjut faktor diatas dikemudian hari. harap sudi menunggu.
4) EMAS KALIS INFLASI(MENGEKALKAN KUASA JUAL BELINYA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG)
Contohnye, kalau kita melabur dengan ASB, tahun ni kita dapat dividen + bonus sebanyak 8.75%, walaupun bonus naik kita perlu ambil kira inflasi dan inflasi matawnag Ringgit setahun (2009) sebanyak 5%(ambil yang paling kecil, ada sumber menyatakan inflasi malaysia setahun sebanyak 7% setahun), ringgit anda susut nilai sebanyak 5%, Jadi (8.75-5.00)% = 3.75% (keuntungan sebenar dan kuasa beli anda). Jika inflasi semakin tinggi maka makin banyak wang kertas yang anda perlukan. Kuasa beli bermaksud, barang yang anda boleh beli dengan Ringgit. Susut nilai pula... Saya bagi contoh... Dulu masa saya sekolah tahun 80-an bawak 30 sen saja... tu pun macam-macam boleh beli, tapi sekarang tahun 2010 kalau bawak 30sen, apa barang boleh beli? alamatnye lapar la perut anak yang pergi sekolah jika bawa duit 30sen. Itu la "susut nilai
Perkara ini x terjadi pada emas. Pada zaman Rasulullah, 1 dinar bole dapat 1 ekor kambing. sekarang 1 ekor kambing berharga RM680 (harga semasa saya beli kambing untuk aqikah anak saya). Sekarang 1 dinar sama dengan RM624(harga public gold). jadi bole di katakan 0% inflasi.
Kesimpulannya, saya tidak bermaksud melabur dengan ASB tidak bagus. jangan salah faham yee. Saya pun dulu pun pernah melabur kat ASB. heheh. Tapi ada lagi pilihan yang lebih baik. Apa salahnye kita ambil peluang yang lebih baik..

5) EMAS ADALAH ASET YANG UNGGUL
Emas adalah satu logam yang amat berharga. Ianya diminati kerana warnanya yang berkilauan. Allah S.W.T telah menjadikan emas sebagai satu medium yang paling sesuai untuk dijadikan penyimpan nilai (aset). Emas sangat susah hendak dicari. Emas tidak bole dicipta. Sebab itu emas diterima dengan baik oleh manusia seluruh dunia sehingga kini.
Emas tidak pernah turun dan naik harganya dengan terlampau mendadak. Kesimpulannya, barangsiapa yang menyimpan emas, maka ianya membuktikan orang tersebut kaya raya dan mampu untuk mengeluarkan zakat.

6) NILAI MATA WANG KERTAS (FIAT) AKAN JATUH DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG.
Untuk jangka masa panjang nilai mata wang akan menyusut. kita bole lihat kuasa membeli semakin menyusut (contoh no.4).

sumber rujukan;
1- ebook menyingkap rahsia pelaburan emas
2- blog jutawanewas.com