Subscribe Twitter FaceBook

Jom Ikut Saya

Saya?

Saya mula-mula mengenali emas disebabkan oleh seminar Dr.Azizan. Beliau ada mencadangkan membuka akaun emas sebagai langkah untuk mengelakkan kebocoran wang. Saya pun membuka akaun emas di maybank dan public bank (hujung tahun 2009).

Saya pun terfikir kenapa Dr. Azizan mencadangkan buka akaun emas. Jadi saya pun layari blog berkaitan dengan emas. Tiba-tiba saya tertarik dengan satu blog (jutawanemas.com). Blog tersebut ditulis oleh En Syukur Hashim (admin). Selama setahun saya ikuti perkembangan blog jutawanemas.com. Sehingga pada pada tahun 12/2010 saya menghadiri seminar beliau di cawangan Public Gold Johor Bahru (Tmn Perling).

Saya ingat lagi pada malam hari tersebut ada perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia (Piala AFF Suzuki). tergerak hati nak batalkan je nak pergi seminar malam tu. Tapi bila fikirkan matlamat utama (pelaburan) saya pun pergi seminar tersebut. Bila habis sahaja seminar saya terus jumpa dengan En. Syukur (mentor). Selepas berbual dengan beliau saya terus ambil keputusan untuk melabur dalam Public Gold (PG). Saya terus keluarkan modal saya dalam akaun emas. Pada bulan tersebut saya labur dalam PG dan terus menjadi dealer.

Mungkin anda tertanya dan terfikir, kenapa saya labur dalam PG (emas). Saya akan ceritakan satu persatu kebaikan ada kelebihan invest dalam emas. Selepas itu saya akan cerita cara memilih emas.