Subscribe Twitter FaceBook

Jom Ikut Saya

Khamis, 3 Februari 2011

Kebaikan Dan Kelebihan Menyimpan Emas

1) EMAS ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warnanya sangat menarik dan tidak akan pudar.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperoleh.
kesimpulannya:
sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang
menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan
berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga
dianggap orang yang kaya dan berkuasa.
Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk
dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan
nilai yang baik. sebab itu, sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi
penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Emas juga sangat sukar untuk diperolehi dari perut muka bumi. Kita terpaksa melombong untuk dapatkan emas. Emas juga tidak boleh dicipta oleh manusia. oleh sebab itu emas tidak boleh dimanipulasikan. Tidak seperti wang kertas (fiat). Manusia boleh cetak duit kertas sesuka hati.
2) EMAS SANGAT BERNILAI
Jika saya ada 10gram emas dan dibahagikan kepada 5 rakan yang lain dan seorang dapat 2 gram. Nilai emas tersebut tetap sama. Tapi jika duit kertas yang bernilai RM50 sekeping, dibahagikan kepada 5 rakan saya. apakah nilai duit kertas tersebut. Saya rasa anda tahu jawapannya.

3) HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT SETIAP TAHUN
Harga emas sentiasa naik untuk jangka masa panjang. ada banyak faktor yang menyebabkan kenaikkan harga emas. antaranya;
1. Nilai wang kertas menyusut
2. Harga minyak naik
3. Kadar inflasi meningkat
4. Nilai matawang USD menyusut
5. Permintaan daripada negara-negara penguna emas terbesar (seperti china dan india)
* Saya akan cerita lebih lanjut faktor diatas dikemudian hari. harap sudi menunggu.
4) EMAS KALIS INFLASI(MENGEKALKAN KUASA JUAL BELINYA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG)
Contohnye, kalau kita melabur dengan ASB, tahun ni kita dapat dividen + bonus sebanyak 8.75%, walaupun bonus naik kita perlu ambil kira inflasi dan inflasi matawnag Ringgit setahun (2009) sebanyak 5%(ambil yang paling kecil, ada sumber menyatakan inflasi malaysia setahun sebanyak 7% setahun), ringgit anda susut nilai sebanyak 5%, Jadi (8.75-5.00)% = 3.75% (keuntungan sebenar dan kuasa beli anda). Jika inflasi semakin tinggi maka makin banyak wang kertas yang anda perlukan. Kuasa beli bermaksud, barang yang anda boleh beli dengan Ringgit. Susut nilai pula... Saya bagi contoh... Dulu masa saya sekolah tahun 80-an bawak 30 sen saja... tu pun macam-macam boleh beli, tapi sekarang tahun 2010 kalau bawak 30sen, apa barang boleh beli? alamatnye lapar la perut anak yang pergi sekolah jika bawa duit 30sen. Itu la "susut nilai
Perkara ini x terjadi pada emas. Pada zaman Rasulullah, 1 dinar bole dapat 1 ekor kambing. sekarang 1 ekor kambing berharga RM680 (harga semasa saya beli kambing untuk aqikah anak saya). Sekarang 1 dinar sama dengan RM624(harga public gold). jadi bole di katakan 0% inflasi.
Kesimpulannya, saya tidak bermaksud melabur dengan ASB tidak bagus. jangan salah faham yee. Saya pun dulu pun pernah melabur kat ASB. heheh. Tapi ada lagi pilihan yang lebih baik. Apa salahnye kita ambil peluang yang lebih baik..

5) EMAS ADALAH ASET YANG UNGGUL
Emas adalah satu logam yang amat berharga. Ianya diminati kerana warnanya yang berkilauan. Allah S.W.T telah menjadikan emas sebagai satu medium yang paling sesuai untuk dijadikan penyimpan nilai (aset). Emas sangat susah hendak dicari. Emas tidak bole dicipta. Sebab itu emas diterima dengan baik oleh manusia seluruh dunia sehingga kini.
Emas tidak pernah turun dan naik harganya dengan terlampau mendadak. Kesimpulannya, barangsiapa yang menyimpan emas, maka ianya membuktikan orang tersebut kaya raya dan mampu untuk mengeluarkan zakat.

6) NILAI MATA WANG KERTAS (FIAT) AKAN JATUH DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG.
Untuk jangka masa panjang nilai mata wang akan menyusut. kita bole lihat kuasa membeli semakin menyusut (contoh no.4).

sumber rujukan;
1- ebook menyingkap rahsia pelaburan emas
2- blog jutawanewas.com

0 ulasan:

Catat Ulasan